Fuku tube. – Alhamdulillah.

https://fukutube.art.blog/

Advertisement

Hitam.

Assalamu’alaikum dan
Salam sejahtera…

Satu perspektif yg berlainan ( Saya x tau siapa yg tulis tapi ada yg boleh di fikirkan)

Food for thought… bagi sesiapa yg mahu berfikir … dan lebih penting… yg boleh berpindah ke FUTURE MODE …….

Hitam Adalah Putih Yang Baru

Selain China, belum ada lagi negara di dunia yang batalkan lockdown/stayathome kempen. Lockdown, MCO, RMO atau apa saja namanya, masih tetap berjalan – di seluruh dunia.

Selepas 100 hari Covid 19 memberi shock wave, di peringkat global kita belum nampak tanda tanda penurunan. Malah di sebahagian hemisfera pula, Covid 19 ini baru sahaja memulakan serangan.

Kitaran serangan demi serangan di segenap sisi dunia ini membuktikan yang kita sedang berhadapan dengan pertarungan sengit yang sangat panjang.

Vaksin dijangka hanya akan tersedia paling awal pertengahan tahun 2021. Keyword dia “paling awal”.

Kalau paling lambat? Entah.

Berdasarkan fundamental ancaman yang kita alami ini, maka kita tahu – pertarungan ini akan berlarutan dan kita perlu bertahan, adapt, survive dan progress dalam ruang yang tersedia.

Covid 19 memberi naratif yang dunia tidak akan sama sperti dulu, dan tanpa sedar kita sedang beradaptasi melalui proses tersebut.

Hitam adalah putih yang baru.

Budaya dan resam
Bersalaman, berkenduri kendara, berhari raya, berupacara – akan menjadi sesuatu yang taboo. Katakan kita sudah tidak amalkan budaya ini untuk beberapa tahun, semua ritual tradisi diringkaskan dan dimudahkan seadanya – maka rutin kita sedang berevolusi ke arah itu.

Agama
Masjid, Gereja dan kuil – akan perlahan lahan hilang fungsinya. Aku ambil sikit pandangan Amy Sullivan Pengarah Strategy Vote Common God, dia cakap lebih kurang macam ni;

“Agama dan kepercayaan akan melalui fasa yang getir. Agama dan kepercayaan akan betul betul berdiri atas paksi individu dalam keluarga kecil untuk melakukan segala rutin ibadah secara sendiri”

Dengan kata lain, sebagai orang Islam Covid 19 memaksa kita supaya berAgama tanpa solat jemaah di masjid, tanpa solat terawikh di surau, tanpa berkumpul gotong royong sembelih lembu kambing untuk ibadah korban, tanpa ziarah menziarahi di hari raya dan tanpa kenduri kendara.

Sekali fikir, memang jadi takut.

Tapi sedar tak sedar, kita dah melaluinya selama sebulan, macam mana kalau berterusan?

Online sosioekonomi
Peringkat awal RMO, kita mengeluh – tak boleh berniaga, tak boleh bekerja, tak boleh itu dan tak boleh ini. Tapi selepas seminggu makcik pakcik yang kita suka makan di gerai mereka sebelum ni dah mula offer buat delivery. Di pekan kecil, di kampung kampung pemandangan delivery semakin ber-imaroh. Sayur, ikan, ayam, buah buahan, kuih muih dan segala keperluan domestik masyarakat setempat boleh dihantar ke depan pintu rumah.

Kalau dulu kita cakap “aku tak puas beli online, kena pergi mall pegang material baru puas hati”. Tapi hari ni prinsip macam tu kita terpaksa ketepikan. Kita kena beli online, sekali, dua kali, tiga kali dan akhirnya kita selesa, seterusnya sikap tu bertukar menjadi kelaziman.

Begitu juga dengan pekerjaan di pejabat. Kalau sebelum ni kita semua skeptikel yang bekerja itu mesti di pejabat, tapi sekarang tidak lagi.
Hari ni kita mengadap Zoom, Skype atau Teams menyelesaikan mesyuarat, buat report, siapkan planning – hal yang biasanya kita cuma buat di pejabat.

Dan kita semakin sedar “ehh boleh je setelkan di rumah”. Semua orang terjurus untuk memudahkan kerja dari rumah, dari CEO sampailah ke kerani bawahan. Konsep bekerja manusia sedang mengalami evolusi.

Majikan dah mula berfikir – kenapa perlu sewa pejabat mahal mahal kalau semua staff boleh urus dari rumah?

Pembangunan realiti virtual juga akan lebih drastik demi memberikan pengalaman sosial kepada pekerja tanpa perlu berhubung secara fizikal.

Ya online ekonomi tak boleh selesaikan semua jenis pekerjaan sekarang, itu pasti.

Tapi dalam keadaan sekarang, semua yang kita perlukan adalah bersifat online. Ironi kan?

Pendidikan
Hari ni anak anak kita kena belajar di Google classroom. Cikgu bagi kerja sekolah dan latihan ikut Whatsapp, Telegram. Semua ni tak biasa, tapi hari ni kena biasakan. Cuma kalau berterusan kita mesti tengok secara serius macam mana nak sediakan jaringan internet, peranti/laptop untuk anak anak yang susah supaya mereka juga berpeluang belajar dalam talian.

Betapa disruptive senario ni akan jadi – mak ayah tak perlu keluar duit beli uniform, beg, kasut sekolah, yuran, buku latihan, hatta tak perlu keluar duit belanja sekolah anak sebab hari hari makan di rumah.

Cikgu cikgu pula tak payah hadap komplen mak ayah, tak payah marah, tak payah tengking murid. Semua tanggungjawab tu mak ayah dah ambil sebab anak belajar dari rumah.

Rasa macam susah nak direalisasi dan hampir tak lojik kan? Lojik atau tidak kita sedang melalui dan menyesuaikan diri.

Kekeluargaan
Suami lebih kenal isteri, ibu lebih rapat dengan anak anak. Anak anak lebih masa dengan ibu ayah. Mak jadi makin rajin memasak, keluarga banyak masa bersama. Hubungan kekeluargaan sepatutnya akan bertambah baik. Ya aku tahu banyak juga pergaduhan dan penceraian bila kena paksa lockdown duduk sama sama. Tapi peratusannya terlalu kecil nak dibanding dengan kebaikan lain dalam aspek hubungan kekeluargaan.

Alam Sekitar
Ketika kita bertarung melawan Covid 19, bumi pula kini sedang berehat.

Ya bumi berehat.

Sejak lebih 150 tahun selepas Rockefeller menemui petroleum, Andrew Carnagie membangunkan Steel industry, Vanderbilt menemukan railroads, dan Henry Ford menemukan motokar;

Sejak itu bumi ini bekerja menyerap segalanya – tanpa henti.

Hari ni tiba tiba kereta tidak boleh bergerak sebarangan, kilang tidak boleh beroperasi sesuka hati, hutan tidak lagi ditebang, mungkin lebih separuh penyejuk udara yang beroperasi di dunia sudah dalam mode off sejak sebulan. Tidak ada bunyi bising kapal terbang, tidak ada sisa kimia dibuang – entah berapa banyak penurunan carbon emisson di atmosfera, entah berapa inci ketebalan lapisan ozon telah diselamatkan, entah berapa suhu di kutub utara berjaya diturunkan.

Bumi sedang memperbaiki dan memulihkan dirinya.

Kemanusiaan
Hari ni kita sedar, pengasingan diri menjadikan kita lebih ingin mengambil berat dan mengambil tahu sesama manusia. Kita jadi less individual. Kita jadi kurang polarize, kita mahu bersama membawa misi melawan Covid 19 the common enemy. Kita lebih patriotik. Kita mula melupakan konflik lain sebab kita ada singularity of purpose.

Ahhh betapa aneh apa yang Covid 19 sedang lakukan kepada kita.

Sejak lebih 10,000 tahun – kehadiran virus telah beberapa kali mengubah haluan dan sejarah ketamadunan dunia.

Antonine plague, Justinian plague, Cyprian plague, The Black Death, The Columbian Exchange, The Great Plague of London, Cholera, Spanish Flu dan pada zaman kita kini – Novel Coronavirus aka Covid 19

Mungkinkah Covid 19 akan sekali lagi mengubah tatacara peradaban dunia?


Aku akhiri tulisan panjang ini dengan sepotong contengan spray yang tertera di sebuah jambatan di Wuhan;

Maksud tulisan tu lebih kurang begini;

“Setelah masalah ini selesai kita akan kembali kepada kehidupan normal. Tapi bagaimana kita boleh kembali kepada kehidupan normal kalau kehidupan normal itu lah punca kepada masalah?”

Maka bersedialah kita untuk menilai,

bahawasanya;

Hitam adalah putih yang baru.

Neo liberal.

COVID19: NEO-LIBERAL SEDANG GAGAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Hampir semua negara yang beramal dengan fikrah Neo-Liberal sedang terciduk dengan Covid19. Kegagalan Neo-Liberal untuk bertindak pantas memutuskan rangkaian penyebaran Coronvirus dengan membuat Travel Ban dan Lockdown dengan kadar segera telah menyebabkan negara-negara mereka sedang diambang kemusnahan.

2) Lockdown yang dikira sudah terlewat telah menyebabkan hari ini mereka menderita dengan bilangan kes Covid19 yang sangat tinggi. Kelewatan Lockdown adalah berpunca daripada fikrah Neo-Liberal yang mahu menjaga kantung duit dan perniagaan kroni-kroni kapitalis. Mereka tidak mahu aktiviti ekonomi terhenti akibat Lockdown. Mereka lebih utamakan pasaran ekonomi.

3) Jadi mereka membuat acuh tak acuh dan menyindir apa yang China dan beberapa negara lain yang membuat Lockdown ketika permulaan Covid19. Negara seperti US, Itali, Eropah, Korea Selatan, Jepun, Singapore, dan banyak lagi hari ini sedang dilanda kekalutan yang dahsyat, manakala negara yang memulakan Lockdown lebih awal hari ini setidaknya mulai stabil dengan tiada pertamabahan kes jangkitan.

4) Malaysia ketika bermulanya isu Covid19 cuba mengamalkan ideologi Neo-Liberal apabila rata-rata pemimpin negara waktu itu menyindir seruan Lockdown, seruan travel ban, menggunakan saluran rasmi kementerian menyindir rakyat sebagai Palatao, dan sebagainya.

5) Tujuannya adalah untuk menggambarkan negara kita masih selamat dan aktiviti ekonomi boleh diteruskan tanpa rasa bimbang. Lebih-lebih lagi, kerajaan taknak rugi apabila Tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia.

6) Takdirnya, kerajaan berfikrah Neo-Liberal ditumbangkan sendiri oleh PM7 yang juga dikatakan berfikrah Neo-Liberal. Kerajaan PH ditumbangkan oleh Tun Mahathir sendiri walaupun mahacai PH cuba nafikan dan cuba mengubah naratif kepada kerajaan pintu belakang.

7) Naik kerajaan baharu, setelah kabinet dibentuk dan selaras dengan pengumuman pandemic oleh WHO, Malaysia di bawah pengurusan MKN mengenakan PKP, yakni soft lockdown – yakni lockdown yang longgar, tidak drakonian. Tindakan melaksanakan PKP dikritik oleh Singapore yang masih mahu protect perjalanan ekonomi negaranya.

8 ) Bukan sahaja Singapore mengkritik, bahkan pemimpin-pemimpin PH juga menyindir dan mengkritik langkah PKP. Itulah cara Neo-Liberal berfikir. Bukanlah nak membantu ekonomi rakyat sangat, tetapi ia lebih kepada menjaga kapitalis-kapitalis yang bakal kerugian besar akibat PKP.

9) Kerajaan PN yang mengenakan PKP tidaklah sanggup untuk terlalu drakonian ke atas rakyatnya, tetapi ranntai Covid19 mesti diputuskan. Frontliners yang melawan Covid19 sudah keletihan terutama dalam menghadapi gelombang kedua Covid19 – Kluster Tabligh. Jika PKP gagal, mereka menjangkakan jika gelombang ketiga datang, mereka tidak lagi akan berupaya mencegahnya.

10) Maka kerajaan yang sebenarnya masih lunak terhadap rakyatnya membuat PKP dalam beberapa fasa, dan setiap fasa akan diperketatkan perlaksanaannya. Kerahan tentera membantu polis serta denda berat ke atas mereka yang melanggar PKP adalah cara untuk membuatkan PKP menjadi efektif menyekat sebaran Covid19.

11) Hari ini, Singapore sendiri terpaksa membuat langkah PKP (nama: Circuit Break), sampai rakyat Malaysia yang bekerja di sana terpaksa pulang dan ter-accumulate di pintu masuk Johor. Jika awal-awal Singapore selarikan langkah PKP dengan Malaysia, ia adalah lebih baik.

12) Neo-Liberal seluruh dunia hari ini terpaksa juga membuat Lockdown seperti China yang mereka kritik dahulu. Namun boleh dikatakan terlambat dan kes Covid19 negara mereka sudah pun jauh mengatasi kes di China. Kita bersyukur kerana ditakdirkan Neo-Liberal negara kita sempat tumbang sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Sekian
.
.
.
*Neo-Liberal hanyalah label umum kepada kerajaan PH. Bukan semua orang PH Neo-Liberal. Dan kerajaan PN pun bukan semua berfikrah Neo-Conservatism. Fikrah manusia tidak binary.

Kisah misteri MF.

Kisah Misteri Mona Fandey
Hai… Hari ini aku macam berminat nak follow tentang Mona Fandey. Walaupun tajuk mungkin dah lapok, tapi dari beberapa blog dan website yang aku baca,, aku agak tertarik sebenarnya nak coret tentang satu nama yang satu masa dahulu pernah menggemparkan satu Malaysia tentang kes pembunuhannya.

Asalnya, sebelum dia menjadi Pakar Ilmu Hitam, Mona Fandey pernah menjadi penyanyi, mungkin tak ada rezeki dia kot dalam bidang nyanyian so dia pon jadi bomoh (mungkin).

Dalam coretan kali ini, sebenarnya aku cuma nak share beberapa cerita yang konon-konon, Mona Fandey neh jadi berhantu selepas kematian nya, termasuklah salah satu penjara/lokap polis yang didakwa berhantu sebelum dan selepas pasangan terbabit di hukum gantung.

Sebelum aku nak citer lebih detail, aku nak share beberapa maklumat peribadi tentang Mona Fandey (MF).

Nama Sebenar : Maznah Ismail
Nama Glemer : Mona Fandey
Tarikh Lahir : 1/1/1956
Meninggal : 2/11/2001 (Tarikh dia dihukum gantung)
Hayat : 45 Tahun

Cerita 1 : Kisah Wartawan.

Kisahnya, ada satu wartawan perempuan pernah interview MF kat lokap. Masa tu MF dah warning, jangan tokok tambah cerita tentang DIA, LAKI DIA dan PEMBANTUNYA, JURAIMI HUSSIN. Aku pon tak pasti, ntah apa lah wartawan tu tulis pasal dia, mungkin wartawan tuh ada letak sedikit “PERASA”,, “AJINOMOTO” kot,, untuk lakukan cerita dia agaknya. Malam tu ape terjadi kat wartawan perempuan tuh?

Hah! bananana eh silap… jeng.. jeng… jeng..

Waktu malam, wartawan tuh mengigau sampaikan DIA HEMPAS MUKA DIA KAT LANTAI TANDAS,, sampai berdarah pipi dan bibir dia..

Huhuhuu aku yang dok taip neh pon berdebar-debar,,

Cerita 2 : Kisah Rumah MF di Kuantan, Pahang

Ni cerita dari jiran dia,, dekat Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Cerita neh menurut jiran dia lah, rumah MF neh dah roboh,, tapi yang pelik ade satu pokok besar dekat rumah dia neh tak de orang tebang. Nak dijadikan cerita, lepas MF meninggal, anak jiran dia neh lalu dekat depan pokok tuh, tiba-tiba dia nampak ada binatang, tak tau lah spesies ape,, tak de lak dia sebut kan.. tapi makin lama binatang tuh nampak makin garang, pe lagi.. berlari lah dia sampai ke rumah huhuuhhu.

Cerita 3 : Kisah Rumah MF di Shah Alam, Selangor.

Cerita neh aku dapat dari Youtube. Tapi tak tau lah betul ker tak Rumah MF.
Ada sekumpulan budak g kat umah MF kat Seksyen 12, rumah dia memang besar sangat-sangat,, aku tak ingat banglo tuh berapa tingkat, tapi apa yang aku nampak, kat tingkat atas sekali memang ruang dia luas sangat2 sampai leh isik 8 bijik bas kot. Dalam geng tuh, ade sorang jer dak pompuan nama dia Eja. Konon2 si Eja neh kene rasuk tapi takdelah sampai terjerit-jerit. Sebab ada yang dorang off-camera, konon masa si Eja kene rasuk tuh, dia suruh off-camera kalau tak, dia nak lempar kamera tuh kebawah..
Lepas tuh lagi, si Eja neh boleh lak cakap tak nak balik, konon-konon nya MF dah sediakan katil & pakaian untuk dia … hurm

Dalam rakaman video neh jugak, Dorang ade mention suruh kuatkan bunyi speaker konon2 ade suara perempuan mengilai, sebaliknya yang aku dengar bunyi itik. Pelik gak kalau rumah kosong leh ade bunyi itik.. Tak tau lah kalau budak-budak tu tambah sound effect ker.

Cerita 4 : Cerita Abang Polis IPD Raub, Pahang

Ha… walaupun polis, tak semestinya bertulang besi, berurat dawai, berkulit zink,, kalau yer pon diperbuat daripada besi,, satu hari akan berkarat gak.. Hahahhahahha guraw jer.
Citer nyer, selepas 10 tahun MF dihukum gantung, dorang yang bertugas kat balai neh, dimana tempat MF pernah di ‘lokapkan’ (sorry lah aku tak taw ayat ape yang sesuai), pernah terdengar suara orang merintih tengah-tengah malam, ada macam hembusan nafas kat tengkuk dan pernah terasa macam ada orang perhatikan.

Chaiyokk!!! Polis2 kat sana, semoga korang terus tabah di sana hehehhe ikhlas aku cakap neh..

Cerita 5 : Bunyi Pelik Hari Perbicaraan di Mahkamah.

Masa tuh tiba time Pakar Forensik nak beri keterangan tentang mayat yang dikerat 18, tiba-tiba mahkamah digemparkan dengan bunyi aneh/menakutkan. Menurut sumber dari Utusan OnLine, bunyi tuh macam bunyi itik peliharaan MF yang baka Jawa, seolah-olah memberi signal yang itik-itik dia mati kelaparan.

Penutup.

Apa yang aku boleh katakan, ada beberapa unsur pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita MF neh. Mari sama-sama renungkan untuk kebaikan bersama.

Jangan Terjebak Dalam Perkara Syirik.

Sebagai seorang yang beragama, aku rasa bukan setakat agama islam jer,, malahan agama agama lain jugak ada menyebut bahawa Syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Kalau mengikut versi Injil dan Al-Quran, kita semua maklum, punca Adam dan Hawa diturunkan di dunia adalah angkara jin dan syaitan. Jika dia berjaya memperdaya ibu bapa (Adam dan Hawa) kita, apatah lagi kita neh.

Selain dari cerita MF, mungkin korang pernah dengar satu cerita dimana seorang ahli ibadat dengan syaitan dan pokok besar. Satu hari tuh, ahli ibadat nak tebang satu pokok besar, tiba-tiba syaitan kata, jangan. Dalam masa yang sama syaitan berjanji akan memberi duit (berapa dirham aku tak ingat dah).. maka ahli ibadat tu tak jadi tebang. Esoknye bila dia bangun tido, tengok bawah bantal ada duit, begitulah juga hari-hari berikutnya sampailah satu hari tuh Ahli Ibadat perasan, yang syaitan tak bagi duit kat dia lagi. Berlaku pertarungan antara syaitan dan ahli ibadat, dan akhirnya ahli ibadat tu tewas, ahli ibadat itu tewas kerana keimanan dan ketaqwaan nyer boleh ditukar dengan duit.

Dari kisah MF neh, ape yang aku fahamkan, aku pernah dengar orang bercerita, tentang Pengamal2 Ilmu Hitam yang ditipu oleh syaitan, konon2 nyer untuk memiliki KEKEBALAN,, mereka dituntut untuk memBUNUH. Tapi apabila Pengamal2 neh dah buat apa yang disuruh oleh syaitan, sebaliknya mereka ditipu oleh syaitan, kebal nye tak pon, sebaliknya KANTOI. Selain MF neh aku pernah dengar ada satu pembunuh dari Singapore kalau aku tak silap, dia pernah ade kes bunuh budak, konon nyer dia nak menuntut ilmu kebal, last-last bila dia bunuh budak tuh, dia tak kebal2 pown tapi akhirnya di ditangkap.

Jangan Bercakap Riak dan Takbur

Ok mungkin korang pernah dengar atau baca kat mana mana yang sebelum neh MF pernah cakap “Aku Tak Akan Mati”. Ingatlah,, sehebat mana pon kita kat dunia neh, setiap dari kita satu hari nanti akan mengalami kebinasaan(mati).. sekarang neh mungkin kita pakai seluar levis, beg gucci, kasut prada last-last bile mati pakai kain kapan yang harga RM4.90 semeter kat Kamdar, pastu kalau masa hidup naik BMW, Lamborghini last-last nanti naik kereta mayat, Kulit licin halus mulus, pakai SKII lah per lah last-last akan dimakan ulat, minyak wangi Chanel ker per satu masa nanty badan kita neh cuma bau kapur barus dan air mawar jer, itupon sebelum masuk lubang kuburlah wangi sikit,, dah kebumi nanty dah di makan dek ulat busuk gak.

Jangan Mudah Menghukum Seseorang

Hurm.. ada jugak lah beberapa blog atau forum yang aku perasan macam menghina MF, itulah inilah,, mayat tak diterima bumi lah.. Common.. setiap dari kita mesty ada melakukan kesilapan dan kesalahan. MF dah pon terima balasan dia di dunia,, yang the rest biarlah antara dia dengan Allah. Memang bahagian dia mati di tali gantung, tapi sekurang-kurangnya dari sumber yang aku dapat dari youtube, pegawai penjara dan pakar agama dari Penjara Kajang pon pernah bagi statement yang MF neh masa di akhir hayat dia, dia dah berubah, sembahyang ape semua. So, sape kita nak judge dia, siap cakap Ahli Neraka lah.. jangan weh,, kita tak kan taw kita mati biler dan macam mana cara kita mati taw.. Kadang-kadang ada orang, dosa dia membuatkan lagi sejengkal untuk dia dekat dengan api neraka, tapi sebaliknya di akhir hayat dia, dia sempat bertaubat. Ada jugak yang kita lihat, masa hayatnya orang ni macam alim, warak, ahli ibadah, last-last sape sangka dia mati dalam kekufuran?

Pedang.

| Kemuliaan Mengekalkan Dzikrullah

Para guru Sufi mengatakan, “Dzikir adalah ‘pedang’ bagi para murid, di mana dengan ‘pedang’ itu mereka memerangi para musuhnya dari kalangan jin mahupun manusia dan dengannya pula mereka akan menepis setiap bencana dan ujian yang menghadangnya.”

Mereka mengatakan lagi, “Sesungguhnya suatu bala (ujian) bila turun kepada suatu kaum sufi sedang mereka berdzikir kepada Allah Ta’ala, maka mereka akan terhindar dari bala tersebut.”

Maka Dzun-Nun al-Mishri berkata, “Barangsiapa berdzikir kepada Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala akan menjaganya dari segala sesuatu.” Al-Kutani juga berkata: “Termasuk syarat-syarat berdzikir adalah hendaknya seseorang itu mempunyai perasaan mengagungkan dan memuliakan Allah Ta’ala. Jika tidak, maka dia akan gagal mencapai tingkatan para tokoh.”

Susunan Tn Syeikh Hj Alias Hashim asy-Syattariyah