Neo liberal.

COVID19: NEO-LIBERAL SEDANG GAGAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Hampir semua negara yang beramal dengan fikrah Neo-Liberal sedang terciduk dengan Covid19. Kegagalan Neo-Liberal untuk bertindak pantas memutuskan rangkaian penyebaran Coronvirus dengan membuat Travel Ban dan Lockdown dengan kadar segera telah menyebabkan negara-negara mereka sedang diambang kemusnahan.

2) Lockdown yang dikira sudah terlewat telah menyebabkan hari ini mereka menderita dengan bilangan kes Covid19 yang sangat tinggi. Kelewatan Lockdown adalah berpunca daripada fikrah Neo-Liberal yang mahu menjaga kantung duit dan perniagaan kroni-kroni kapitalis. Mereka tidak mahu aktiviti ekonomi terhenti akibat Lockdown. Mereka lebih utamakan pasaran ekonomi.

3) Jadi mereka membuat acuh tak acuh dan menyindir apa yang China dan beberapa negara lain yang membuat Lockdown ketika permulaan Covid19. Negara seperti US, Itali, Eropah, Korea Selatan, Jepun, Singapore, dan banyak lagi hari ini sedang dilanda kekalutan yang dahsyat, manakala negara yang memulakan Lockdown lebih awal hari ini setidaknya mulai stabil dengan tiada pertamabahan kes jangkitan.

4) Malaysia ketika bermulanya isu Covid19 cuba mengamalkan ideologi Neo-Liberal apabila rata-rata pemimpin negara waktu itu menyindir seruan Lockdown, seruan travel ban, menggunakan saluran rasmi kementerian menyindir rakyat sebagai Palatao, dan sebagainya.

5) Tujuannya adalah untuk menggambarkan negara kita masih selamat dan aktiviti ekonomi boleh diteruskan tanpa rasa bimbang. Lebih-lebih lagi, kerajaan taknak rugi apabila Tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia.

6) Takdirnya, kerajaan berfikrah Neo-Liberal ditumbangkan sendiri oleh PM7 yang juga dikatakan berfikrah Neo-Liberal. Kerajaan PH ditumbangkan oleh Tun Mahathir sendiri walaupun mahacai PH cuba nafikan dan cuba mengubah naratif kepada kerajaan pintu belakang.

7) Naik kerajaan baharu, setelah kabinet dibentuk dan selaras dengan pengumuman pandemic oleh WHO, Malaysia di bawah pengurusan MKN mengenakan PKP, yakni soft lockdown – yakni lockdown yang longgar, tidak drakonian. Tindakan melaksanakan PKP dikritik oleh Singapore yang masih mahu protect perjalanan ekonomi negaranya.

8 ) Bukan sahaja Singapore mengkritik, bahkan pemimpin-pemimpin PH juga menyindir dan mengkritik langkah PKP. Itulah cara Neo-Liberal berfikir. Bukanlah nak membantu ekonomi rakyat sangat, tetapi ia lebih kepada menjaga kapitalis-kapitalis yang bakal kerugian besar akibat PKP.

9) Kerajaan PN yang mengenakan PKP tidaklah sanggup untuk terlalu drakonian ke atas rakyatnya, tetapi ranntai Covid19 mesti diputuskan. Frontliners yang melawan Covid19 sudah keletihan terutama dalam menghadapi gelombang kedua Covid19 – Kluster Tabligh. Jika PKP gagal, mereka menjangkakan jika gelombang ketiga datang, mereka tidak lagi akan berupaya mencegahnya.

10) Maka kerajaan yang sebenarnya masih lunak terhadap rakyatnya membuat PKP dalam beberapa fasa, dan setiap fasa akan diperketatkan perlaksanaannya. Kerahan tentera membantu polis serta denda berat ke atas mereka yang melanggar PKP adalah cara untuk membuatkan PKP menjadi efektif menyekat sebaran Covid19.

11) Hari ini, Singapore sendiri terpaksa membuat langkah PKP (nama: Circuit Break), sampai rakyat Malaysia yang bekerja di sana terpaksa pulang dan ter-accumulate di pintu masuk Johor. Jika awal-awal Singapore selarikan langkah PKP dengan Malaysia, ia adalah lebih baik.

12) Neo-Liberal seluruh dunia hari ini terpaksa juga membuat Lockdown seperti China yang mereka kritik dahulu. Namun boleh dikatakan terlambat dan kes Covid19 negara mereka sudah pun jauh mengatasi kes di China. Kita bersyukur kerana ditakdirkan Neo-Liberal negara kita sempat tumbang sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Sekian
.
.
.
*Neo-Liberal hanyalah label umum kepada kerajaan PH. Bukan semua orang PH Neo-Liberal. Dan kerajaan PN pun bukan semua berfikrah Neo-Conservatism. Fikrah manusia tidak binary.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s